fbpx

1,428 masuk Malaysia semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 1,428 individu telah tiba di semua pintu masuk antarabangsa semalam dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak 24 Julai 2020, seramai 142,880 individu telah pulang ke tanah air dan kesemuanya ditempatkan di 80 hotel dan 10 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.

“Seramai 7,708 individu dikuarantin dan secara kumulatifnya, seramai 134,155 orang dibenarkan pulang manakala 1,017 lagi telah dibawa ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas mengenai Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, Ismail Sabri berkata, seramai 223 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 216 telah dikenakan kompaun dan tujuh direman.

“Ops Benteng semalam juga telah menangkap 51 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan empat tekong serta merampas lapan buah kenderaan darat dalam operasi yang diadakan di seluruh negara.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 99 buah bot/kapal di perairan negara melalui lapan aktiviti penglihatan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI