fbpx

1,470 kes baharu, 1,830 kes sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,470 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 322,409 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 12 kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan sebanyak 1,458 kes penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 16,711 kes.

“Selain itu, terdapat 1,830 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di Malaysia sebanyak 304,492 kes.

“Terdapat tiga kes kematian baharu hari ini menjadikan sebanyak 1,206 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 162 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 70 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI