fbpx

PKPD di Penjara Tapah, Kuarters Kakitangan dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini bersetuju untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tapah dan Kuarters Kakitangan, Batang Padang, Perak bermula 16 Mac sehingga 29 Mac 2021 depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 562 lagi baki sampel saringan sedang menunggu keputusan serta masih berlaku penularan kes melibatkan tahanan di penjara itu.

“Kerajan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tapah dan Kuarters Kakitangan, Batang Padang, Perak yang dijadualkan tamat pada 15 Mac 2021.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 2,660 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 556 kes positif Covid-19 telah direkodkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Asrama Imperial Garments Flat Anjung Tawas Damai, Kinta, Perak pada 14 Mac 2021 seperti yang dijadualkan.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas KKM mengesahkan tiada kes baru Covid-19 direkodkan dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif serta kontak rapat telah diasingkan.

“Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Asrama Imperial Garments Flat Anjung Tawas Damai, Kinta, Perak yang dijadualkan tamat pada esok, 14 Mac 2021.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 619 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 389 kes telah dilaporkan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI