fbpx

KPDNHEP pertimbang semula kompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hong Chee Seng dan isterinya, Yong Chan Chin menunjukkan kompaun yang dikenakan di premis perniagaan mereka di Taman Johor Jaya, Ahad lalu.

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor akan mempertimbangkan semula kompaun terhadap dua peniaga yang tidak memakai pelitup muka sekiranya didapati tidak ada asas kompaun tersebut dikenakan.

KPDNHEP Johor dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima satu laporan pengkompaunan yang dirujuk dan sedang meneliti asas tindakan yang dikenakan kepada peniaga berkenaan.

Katanya, mereka mengambil maklum tentang isu melibatkan dua peniaga yang gagal memakai pelitup muka walaupun didakwa tiada pelanggan berada di dalam premis ketika kejadian pada 7 Mac yang lalu.

“Sekiranya didapati terdapat asas kompaun tidak sepatutnya dikenakan, KPDNHEP akan merujuk perkara ini kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dengan syor supaya kompaun tersebut dipertimbangkan semula.

“KPDNHEP Johor akan menghubungi peniaga-peniaga yang berkenaan bagi mendapatkan perkembangan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, dua individu iaitu pemilik premis menjual seragam sekolah, Hong Chee Sheng, 52, dan isterinya, Yong Chan Chin, 48, mẹmbuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam MCA Pasir Gudang setelah dikompaun di premis mereka yang terletak di Jalan Dedap 9, Taman Johor Jaya, di sini, Ahad lalu.

Chee Seng berkata, semasa kejadian tiada seorang pun pelanggan berada di dalam kedai menyebabkannya yang berada di kaunter mengambil keputusan menanggalkan pelitup muka seketika.

“Isteri yang berada di bahagian belakang juga tidak memakai pelitup muka kerana sedang minum air.

“Saya sedar ada lelaki mengambil video dari luar premis dan tidak lama kemudian mereka memperkenalkan diri sebagai penguatkuasa mahu memberi kompaun kerana tidak memakai pelitup muka. Isteri saya yang berada di belakang turut dikompaun,” katanya.

Katanya, kompaun yang dikeluarkan RM1,000 setiap seorang dibawah Peraturan 15 PPPPB (LDKTJ) (Kawalan Pergerakan) 2021.

“Saya bingung memikirkan apa kesalahan kami sedangkan semasa kompaun diberikan tiada pelanggan di dalam kedai. Jumlah itu besar bagi kami dalam keadaan ekonomi juga teruk ketika ini,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Bahagian MCA Pasir Gudang, Tan Tuan Peng berkata, penguatkuasa KPDNHEP seharusnya memberi nasihat kerana tiada pelanggan di dalam premis pada ketika itu.

“Dalam akta tiada menyatakan perlu memakai pelitup muka 24 jam di dalam premis. Ia bergantung kepada keadaan, sekiranya kawasan kedai itu sesak dan terdapat pelanggan tetapi mereka tidak pakai pelitup muka, memang perlu dikompaun,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI