fbpx

Bom zaman komunis ditemui di Ulu Tiram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis UPB sedang memeriksa bom yang ditemui di Kampung Tenang, Ulu Tiram, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang kontraktor hampir memusnahkan sebuah bom lama sewaktu menjalankan kerja-kerja merata tanah menggunakan jentera jengkaut di kawasan lapang Lorong Tenang 5, Kampung Tenang, Ulu Tiram, di sini semalam.

Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor mengesahkan objek tersebut adalah sebutir bom mortar 60 MM Illuminating setelah membuat pemeriksaan lanjut.

Pihak UPB IPK Johor percaya objek tersebut dilancarkan semasa konfrantasi menentang komunis yang telah dilancarkan tetapi tidak berfungsi.

“UPB IPK Johor turut menjalankan pembersihan keselamatan bagi memastikan kawasan tersebut benar-benar bebas dari sebarang bahan letupan lain sebelum menjalankan tindakan pemusnahan bom lama itu.

“Tindakan pemusnahan bom lama itu telah dijalankan secara In Situation (In-situ) dengan menggunakan teknik high order melalui kaedah elektrik tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda sekitar pukul 9.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Polis turut menyeru kepada orang ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom agar membuat laporan segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan siasatan lanjut.

“Polis Johor ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada masyarakat yang prihatin terhadap penemuan tersebut.

“Diingatkan supaya jangan diusik, dialih atau digerakkan objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini,”katanya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI