fbpx

Kereta Mercedes terbalik, pemandu elak anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Malim Jaya, Melaka semalam.

MELAKA – Sebuah kereta dipandu seorang peniaga lelaki terbalik gara-gara ingin mengelak seekor anjing yang melintas di Jalan Malim Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu, mangsa berusia 28 tahun bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian kereta jenis Mercedes dipandu mangsa dalam perjalanan dari arah bulatan Malim menuju ke Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) Malim.

“Setiba di Jalan Malim Jaya berhampiran pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) tiba-tiba seekor anjing melintas dihadapan kereta dipandu mangsa.

“Mangsa yang cuba mengelak ke kiri jalan telah terbabas melanggar tunggul kayu di bahu jalan menyebabkan kenderaan dipandu terus terbalik,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, pemandu tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI