fbpx

Suhaz EVOS mudah ‘ratah’ Red Esports

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA pasukan Suhaz EVOS kelihatan ceria selepas berjaya meraih kemenangan pertama pada saingan MPL Malaysia musim ke-7 yang membuka tirai secara rasmi semalam.

PASUKAN Suhaz EVOS ternyata berada dalam kelas berbeza selepas meraih kemenangan pertama pada saingan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia musim ke-7 yang membuka tirai secara rasmi semalam.

Pasukan Suhaz EVOS dilihat menerima tonik terbaik pada saingan tersebut apabila mudah meratah pasukan Red Esports dengan keputusan 2-0 tanpa sebarang tekanan.

Pengurus pasukan, Muhammad Fadhil Hishamuddin atau dikenali sebagai Padel berkata, strategi yang mereka gunakan pada perlawanan pertama kali ini menjadi, namun enggan terlalu gembira kerana perjalanan masih panjang.

“Tahniah kepada semua pemain yang telah bermain de­ngan cukup baik pada saingan pertama ini. Saya sangat teruja dengan mereka semua kerana dapat mengatasi pasukan Red Esports.

“Sebelum ini kami tewas berdepan mereka dan usaha memperbaiki kesilapan akhir­nya membuahkan hasil. Dua kemenangan ini penting bagi pasukan kami untuk melihat keserasian dan jelas mereka tampil dengan begitu cemerlang sekali,” katanya kepada Kos­mo! semalam.

Pada perlawanan tersebut, Suhaz menurunkan pemain terbaik mereka se­perti Muhammad Redzuwan Rosli (Hyhy), Muhammad Hazim Zulkifli (D Ace), Muhammad Azri Jamaludin (Aj), Hadiazwan Rosli (Box) dan Danial Arif Mohd. Judin (Eavy).

Suhaz sebelum ini menjua­rai kejohanan Malaysia Esport Championship yang dikelola oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esport Integrated (ESI).

Selain Suhaz, sembilan pa­sukan utama turut beraksi pada saingan musim ini antaranya juara MPL Malaysia/Singapura (MY/SG) musim keenam seperti Todak, Geek Fam Malaysia, Team Bosskurr, Team SMG, Reborn Esports, Resurgence (RSG) MY, Orange Louvre Esports, Homebois dan Red.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI