fbpx

Kelantan United pertaruh barisan terkuat jumpa Perak II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKIRA mahu anak-anak buahnya waspada dengan sebarang ancaman Perak II menjelang aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

KELANTAN United mahu mempertaruhkan barisan terkuat apabila berdepan Perak II dalam usaha mendapatkan tiga mata penuh pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Pengendalinya, Akira Higashiyama berkata, kemenangan terhadap Perak FC II amat ditagih bagi mencari kedudukan terbaik dalam carta Liga Premier.

Bagaimanapun menurutnya, KUFC tetap berwaspada dengan kemampuan pasukan lawan yang mempunyai barisan terkuat selepas mereka berjaya menumpaskan The Red Warriors (TRW) pada aksi pembukaan sebelum ini.

“Saya telah melihat corak permainan Perak II dan kami perlu berwaspada dengan ancaman mereka.

“Mereka mempunyai ramai pemain muda dan semuanya bermain dengan baik. Saya berharap pemain yang akan diturunkan tidak leka sehingga menyebabkan kita dihukum,” katanya.

Akira memberitahu, emosi pemain juga dilihat berada dalam keadaan baik selepas berjaya menewaskan PDRM FC tempoh hari.

Katanya, situasi itu akan meletakkan Kelantan United lebih bersiap sedia untuk memburu kemenangan kedua Liga Premier musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI