fbpx

Taman Persahabatan Selangor – Jepun di Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haris (kanan paling depan) bersama beberapa pegwai kedutaan Jepun di Malaysia meninjau taman persahabatan Selangor - Jepun

SHAH ALAM -Taman Persahabatan Selangor – Jepun seluas 242.7 meter persegi di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14, dibuka secara rasmi hari ini.

Pembukaan taman itu sebagai simbolik keakraban di antara kerajaan negeri dengan pelabur Jepun.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata, idea pembinaan taman dicetuskan kerajaan Selangor pada tahun 2018 apabila melihat banyak dari Jepun yang melabur di negeri itu.

“Syarikat besar seperti Panasonic, Canon, Matshushita dan lain-lain lagi telah membuka kilang di sekitar bandar raya Shah Alam.

“Ini adalah salah satu cara untuk kita mengucapkan terima kasih kepada pelabur Jepun kerana memilih Selangor sebagai destinasi pelaburan mereka,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan taman itu hari ini.

Tasik dibuka kepada pengunjung secara percuma setiap hari bermula pukul 10 pagi sehingga 7 malam.

Beliau memberitahu, pembinaan tasik itu siap sepenuhnya tahun lalu dengan kos pembinaan berjumlah RM3.8 juta.

Jelas Haris, antara tarikannya adalah seni bina melambangkan elemen Jepun seperti Laman Zen, Kolam Maze dan Gerbang Torii Tsukubai.

“Kita percaya taman tasik itu akan menjadi daya tarikan baharu terutama dalam menarik pelancong dari Jepun untuk mengunjungi Shah Alam khususnya,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI