fbpx

Aksi Mahrez wajar dapat pengiktirafan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHREZ berjaya mengumpul 10 gol untuk City dalam semua kejohanan musim ini dan antara pemain pasukan itu yang konsisten. – AFP

MANCHESTER – Bekas kapten pasukan Manchester City, Andy Morrison percaya pemain sayap sensasi, Riyad Mahrez wajar mendapat pengiktirafan sebagai pemain terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mempamerkan aksi yang cukup berbisa musim ini.

Sebagai rekod, pemain antarabangsa Algeria itu telah menjaringkan 10 gol dalam semua kejohanan dan dilihat menjadi pemain paling konsisten buat skuad The Citizens yang dibim­bing oleh Pep Guardiola pada saingan musim ini.

Kata Morrison, Guardiola sememangnya terkenal dengan menggunakan format penggiliran pemain untuk kesebelasan utama pada mana-mana kejohanan musim ini tetapi dia dilihat jarang menggugurkan Mahrez.

“Saya telah membuat analisis dan melihat Guardiola sentiasa menggunakan khidmat Mahrez walaupun dia gemar menggunakan sistem penggiliran pemain. Tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa Mahrez adalah ayam tambatan buat pasukan musim ini.

“Malah, berdasarkan prestasi semasa, dia juga merupakan pemain sayap terbaik di Eropah dan mungkin wajar untuk me­nerima Anugerah Pemain-Pemain Profesional (PFA) England pada sai­ngan musim ini,” katanya.

Sebelum ini Mahrez pernah mendapat Anugerah PFA England untuk musim 2016 ketika membantu pasukan Leicester yang dibimbing oleh Claudio Ranieri mencipta sejarah muncul juara EPL buat pertama kali.

City yang gah menerajui carta liga dengan mengutip 68 mata daripada 29 perlawanan dija­dualkan bertemu dengan pasukan di zon penyingkiran, Fulham di Stadium Craven Cottage awal pagi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI