fbpx

Milan lega pulang bersama bekalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KJAER (dua dari kanan) menjaringkan gol penyamaan pada lewat permainan sekali gus memberikan sedikit kelegaan buat Milan menjelang aksi kedua nanti. – AFP

MANCHESTER – Ketua jurulatih AC Milan, Stefano Pioli mengakui bahawa Manchester United adalah lawan yang cukup sempurna buat pasukan itu dan aksi awal pagi semalam mampu menguji sejauh mana kemampuan skuad bimbingannya.

Pada aksi di Old Trafford itu, Milan berjaya meraih kelebihan gol di tempat lawan apabila berjaya meledak satu gol untuk keputusan terikat 1-1 pada aksi berkenaan sebelum perlawanan kedua berlangsung di San Siro Jumaat depan.

“Mereka adalah sebuah pa­sukan yang memiliki perso­na­liti. Kami berdepan kesukaran tetapi perlawanan sebegini membuatkan keyakinan diri para pemain kami meningkat.

“Apabila kami berjaya mengikat Manchester United, saya fikir mereka adalah lawan yang terbaik untuk kami.

“Kami bekerja keras untuk meningkatkan prestasi dan memenangi perlawanan. Kami cuba meletakkan Milan di kedudukan yang sepatutnya dan ini adalah perlawanan yang membolehkan prestasi kami melonjak.

“Pada saya keputusan kali ini sangat positif tetapi kami akan berdepan satu lagi cabaran hebat selepas ini. Tugas ini belum selesai tetapi kekuatan semangat yang kami miliki membuatkan saya yakin Milan mampu mengecewakan United,” kata­nya.

Pioli turut mengulas mengenai gol jaringan Franck Kessie yang tidak disahkan oleh pengadil selepas video bantuan pengadil (VAR) mendapati bola terkena tangannya terlebih dahulu sebelum melakukan rembatan itu.

“Jaringan itu sepatutnya memberikan kami lebih kekuatan terutama dari aspek mental. Franck mendakwa dia tidak menyentuh bola berkenaan dengan tangan tetapi pengadil mendapati ia sebaliknya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI