fbpx

800 anggota polis Selangor pantau SOP Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 800 anggota polis akan ditempatkan di masjid dan pusat penyembelihan di seluruh Selangor sempena perayaan Aidiladha Jumaat ini. - Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seramai 800 anggota polis akan ditempatkan di masjid dan pusat penyembelihan di seluruh Selangor sempena perayaan Aidiladha Jumaat ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin menegaskan, penugasan itu bagi memastikan pemantauan dan pematuhan prosedur standard operasi (SOP) oleh orang ramai sewaktu menunaikan Solat Sunat Aidiladha dan ibadah korban.

“Mereka yang didapati gagal mengikuti SOP ditetapkan akan berdepan dengan tindakan serta merta iaitu kompaun dan denda.

“Justeru, kita mengingatkan kepada masyarakat mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan memberi kerjasama bagi memutuskan rantaian Covid-19,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan umat Islam boleh menyambut perayaan Aidiladha namun perlu mengikut SOP ditetapkan seperti tidak boleh berkumpul melebihi 20 orang pada satu-satu masa bagi jamuan di rumah.

Kerajaan turut mengehadkan hanya 10 ekor lembu atau haiwan lain yang boleh dikorbankan masjid, surau dan lokasi yang dibenarkan.

Dalam perkembangan sama, Noor Azam berkata, lebih 3,000 anggota polis telah ditugaskan memantau keadaan semasa di Selangor sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun lalu.

“Pemantauan juga dibantu oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan askar serta petugas Unit Rondaan Bermotor dan kereta peronda polis (MPV),”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI