fbpx

‘Polis’ diberkas selepas melakukan samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Seorang lelaki diberkas di rumahnya di Padang Jambu, di sini awal pagi tadi selepas menyamar sebagai pegawai polis dan melakukan samun, semalam.

Suspek berusia 34 tahun itu berjaya dikesan dan diberkas pada pukul 1.30 pagi tadi selepas 11 jam melakukan samun di Taman Seri Duyong, di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, suspek diberkas susulan laporan dibuat seorang perundingan majlis perkahwinan mengenai kejadian samun dilakukan suspek kira-kira pukul 2.15 petang, hari yang sama.

“Pengadu berusia 18 tahun itu telah membuat laporan polis pada pukul 8.15 malam mendakwa suspek telah datang ke pejabatnya di Taman Seri Duyong dan menyamar sebagai pegawai polis.

“Suspek kemudian meminta kad pengenalan pengadu, namun remaja tersebut tidak memberikannya ekoran lelaki itu gagal menunjukkan kad kuasa polis,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Afzanizar berkata, suspek kemudian telah mengambil kunci pejabat dan meminta kunci motosikal pengadu dengan alasan gagal membayar ansuran bulanan.

“Suspek terus menyamar sebagai pegawai polis dan mendakwa pengadu kononnya dikesan melakukan kesalahan membabitkan dadah sebelum tiba-tiba mengambil sebuah komputer riba dan melarikan diri.

“Pengadu bersama rakannya telah mengejar suspek di belakang lorong pejabat tersebut dan semasa melarikan diri, suspek telah mencampakkan komputer riba tersebut di atas jalan,” katanya.

Tambahnya, semakan lanjut mendapati suspek turut mempunyai rekod lampau membabitkan satu kes judi dan lima kesalahan dadah.

Katanya, suspek kini siasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI