fbpx

Lelaki Siam alami tekanan perasan ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengusung mayat mangsa untuk dibawa Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu bagi proses bedah siasat.

BACHOK – Mayat seorang lelaki berketurunan Siam yang dipercayai mengalami tekanan perasaan selepas kematian isterinya ditemui dalam keadaan terdampar di Pantai Kemasin di sini hari ini.

Mangsa, Pra Jot Eh Wah, 50, ditemui di sekitar pesisiran pantai itu oleh seorang nelayan yang lalu di kawasan tersebut kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Adik mangsa, Su Chart, 29, berkata, abangnya keluar dari rumahnya di Kampung Balai, Perupok di sini dan menuju ke kawasan pantai itu kira-kira pukul 6 pagi.

Katanya, dia menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung yang menjumpai mayat abangnya di pantai berkenaan.

“Sebelum kejadian, ada penduduk melihat mangsa sedang mandi dan ketika itu kelihatan air berada pada paras dada abang saya.

“Apabila mendapat maklumat mengenai kejadian itu, saya bersama ibu, Ke Chan, 72, bergegas ke pantai dan mendapati abang sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian.

Su Chart berkata, abangnya mengalami masalah tekanan perasaan sejak lima tahun lalu selepas kematian isterinya.

Katanya, sebelum ini, Pra Jot gemar ke pantai bersendirian tanpa disedari ahli keluarganya malah dia pernah lemas namun sempat diselamatkan oleh penduduk kampung.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Suprintendan Mohd. Yusrizal Mohd.Ghazali ketika ditemui mengesahkan penemuan mayat mangsa selepas menerima laporan kira-kira pukul 11.45 pagi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mayat seorang lelaki berada dalam keadaan terdampar di Pantai Kemasin.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk dibedah siasat.

“Siasatan awal mendapati, kejadian itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI