fbpx

Penghantar makanan cat bonggol jalan pudar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 20 penghantar makanan yang bergotong-royong mengecat bonggol jalan di Kampung Baru Kerteh, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Sekumpulan 20 penghantar makanan di sekitar daerah ini mengambil inisiatif sendiri mengecat semula hampir 50 bonggol jalan yang telah pudar di Kampung Baru Kerteh di sini hari ini.

Penyelaras program, Ahmad Aslah Azman berkata, sebelum ini, ramai penduduk sekitar termasuk dalam kalangan penghantar makanan sendiri mengeluh sukar mengesan kebanyakan bonggol jalan tersebut yang telah pudar warnanya ekoran faktor cuaca dan masa.

“Senario itu amat membahayakan keselamatan penunggung motosikal termasuk kami sebagai penghantar makanan terutama pada waktu malam.

“Oleh itu, sebagai tanda prihatin, kami mengumpul wang sesama sendiri untuk membeli cat, berus cat dan lain-lain,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Ahmad Aslan berkata, inisiatif mengecat semula bonggol-bonggol jalan itu telah mendapat restu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu, Saiful Azmi Suhaili dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Baru Kerteh.

Tambahnya, beliau dan rakan-rakan penghantar makanan lain meluangkan sedikit masa dalam kesibukan mereka memenuhi pesanan pelanggan dengan bergotong-royong mengecat semula 50 bonggol jalan tersebut.

“Ini sumbangan kecil kami untuk manfaat masyarakat setempat. Semoga ia dapat membetulkan persepsi segelintar masyarakat yang memandang serong golongan penghantar makanan seperti kami kononnya berperangai seperti samseng jalanan,”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI