fbpx

[VIDEO] Beribu kenderaan terperangkap, SJR diperketatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOTO: Ihsan Facebook Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Laluan trafik di Plaza Tol Sungai Besi Kuala Lumpur menghala ke pusat bandar hari ini sesak teruk ekoran pemeriksaan ketat anggota polis di Sekatan Jalan Raya (SJR).

Difahamkan, pemeriksaan ketat itu dilakukan selepas menerima arahan daripada Ketua Polis Negara yang mahu semua anggota memperketatkan kawalan di SJR bagi mengesan sebarang percubaan merentas negeri.

Tinjauan mendapati, kesesakan bermula pada pukul 9.30 pagi apabila trafik bergerak perlahan hingga ada berlaku kemalangan kecil kerana pemandu berhimpit-himpit tidak sabar untuk masuk ke lorong sebelum dan selepas plaza tol.

Keadaan lalu lintas di plaza tol tersebut
FOTO: Ihsan Pengguna jalan raya

Hari ini, Kosmo! melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hammid Bador mahu mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Polis Negeri sekiranya terdapat pegawai dan anggotanya mengabaikan tanggungjawab semasa penugasan di SJR.

Ia ekoran beliau menerima banyak aduan mengenai anggota polis yang mengambil mudah tanggungjawab semasa melakukan kawalan di setiap SJR dan sempadan negeri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI