fbpx

Sarawak United kekal merendah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Sarawak United disifatkan oleh para peminat sebagai pasukan yang mewah pemain bintang dan dianggap sebagai JDT pada saingan Liga Premier musim ini.

Oleh AZIZAN HASHIM

SARAWAK United FC enggan mendabik dada biarpun menca­tat kemenangan besar 3-0 ke atas Perak FC II di Stadium Perak kelmarin sekali gus merakam kemenangan kedua pada saingan Liga Premier musim 2021.

Pengendali Sarawak United, E. Elavarasan enggan anak-anak buahnya dilabelkan setanding dengan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Tolong jangan samakan kami dengan JDT. Kami Sarawak United bukan JDT,” katanya apabila diajukan pandangan bahawa Sarawak ibarat JDT pada saingan Liga Premier pada sidang akhbar selepas perlawanan menentang Perak FC II di Ipoh.

Terdahulu, skuad The Golden Hornbill bimbingan Elavarasan berjaya membenam cabaran Bos Gaurus 3-0 sekali gus merekodkan kemenangan kedua pada saingan Liga Premier 2021 setakat ini.

Kejayaan Sarawak United turut dibantu oleh pemain ternama seperti Norshahrul Idlan Talaha, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli, S. Chanturu, D. Christie Jeyaseelan, Tommy Mawat Bada, Sandro Da Silva hingga menyebabkan peminat menganggap Sarawak sebagai pasukan bintang musim ini.

Elavarasan berkata, beliau agak bimbang untuk menghadapi perlawanan menentang Perak II kerana waktu saingan dijadulkan sebelah petang.

“Kami biasa bermain sebelah malam di mana suhunya rendah sedikit. Kebimbangan saya juga kerana Perak menurunkan pemain muda dan berjaya menutup ruang.

“Tuan rumah mula memberi masalah kepada kami selepas Sergio Aguero dimasukkan pada separuh masa kedua. Apa yang saya harapkan adalah permainan pasukan perlu konsisten dalam dalam setiap perlawanan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI