fbpx

Pasangan warga emas maut kereta bertembung treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan yang mengorbankan pasangan warga emas di Kilometer 54 Jalan Kluang-Mersing, Mersing petang tadi.

MERSING – Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Waja dengan treler yang membawa muatan pasir di Kilometer 54, Jalan Kluang – Mersing di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Rosnan Aris, 64, dan isterinya, Aminah Kodir, 70, yang tinggal di Felda Nitar 2 meninggal dunia akibat parah.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, siasatan awal mendapati treler jenis Volvo itu dalam perjalanan dari arah Mersing menuju ke Kluang.

“Ketika tiba di tempat kejadian, kereta jenis Proton Waja yang dinaiki pasangan itu telah hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu berlanggar dengan kenderaan berat terbabit.

“Mangsa pemandu kereta yang bekerja sebagai peniaga kedai makan meninggal dunia di tempat kejadian dan telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Mersing bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jelasnya, penumpang hadapan yang juga isteri pemandu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital sama.

Sementara itu, ujarnya, pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksye 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI