Penyanyi dan pelakon popular, Irwansyah berkongsi langkah pertama untuk menimang cahaya mata menerusi rawatan kesuburan menggunakan kaedah bayi tabung uji.
Irwansyah dan isteri, Zaskia Sungkar memilih kaedah tersebut sebagai alternatif untuk mendapatkan anak selepas hampir sembilan bulan mendirikan rumah tangga
Kini, pelantun lagu Pencinta Wanita itu berserah kepada Tuhan sebagai penentu sama ada usaha tersebut berjaya menganugerahkan mereka seorang anak.
“Alhamdulillah, ini hari pertama Zaskia menjalani proses bayi tabung uji iaitu membuat pemindahan embrio.
“Mohon semua mendoakan kesejahteraan isteri saya sepanjang proses ini dan niat kami untuk bergelar ibu bapa dimudahkan,” tulisnya pada laman Instagram pada Isnin lalu.