fbpx

160 juta unit AHB sedia dilanggan mulai Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CP Tower di Petaling Jaya antara bangunan pejabat yang dimiliki PHB.

PETALING JAYA – Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn. Bhd. (MAM) mengumumkan sebanyak 160 juta unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bakal ditawarkan semula untuk dilanggan bermula 15 Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAM, Ahmad Najib Nazlan berkata, dana yang ditawarkan itu adalah unit terkumpul yang telah ditebus oleh pemegang unit selama setahun, sejak Mac 2020 dan ia tidak akan mempengaruhi dana semasa AHB yang telah diluluskan.

“Kali terakhir kami menawarkan semula unit yang telah ditebus adalah sebanyak 100 juta unit pada Februari tahun lalu dan ia telah habis dilanggan dalam masa enam hari.

“Sejak itu, penjualan unit AHB telah ditutup dan semua unit yang ditebus oleh peme­gang unit telah dikumpulkan dan disimpan oleh PHB dan kini, kami menawarkan semula unit-unit ini untuk dilanggan oleh pelabur bumiputera,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

AHB ialah dana unit amanah patuh syariah yang melabur terutamanya dalam hartanah komersial di lokasi utama di Malaysia dan boleh dilanggan pada harga RM1 seunit.

Bagi tempoh 12 bulan berakhir 30 September 2020, AHB telah memberi agihan pendapatan sebanyak lima sen se­unit.

AHB boleh dilanggan di Maybank, AmBank Bhd. dan Am­Islamic Bank Bhd.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI