fbpx

JIM kesan dua lelaki warga Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Ramjam.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai menyalurkan maklumat beberapa individu bagi perbicaraan di mahkamah berhubung kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Menerusi kenyataan akhbar hari ini, JIM berkata, dua individu itu adalah lelaki warga Bangaladesh dikenali sebagai Muhammad Shafiqul Islam, 41, dan Mohammad Ramjam, 47.

Muhammad Shafiqul Islam.

Menurutnya, kedua-dua mereka beralamat terakhir di Pasar Mini SH di Taman Cheras, Prima, Kajang, Selangor.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Pegawai Penyiasat, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) Manab Pin di Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya,” katanya.

Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi talian 03-88801338 / 1330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat. -K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI