Pelakon Nikita Willy bakal melangsungkan perkahwinan dengan anak pengasas syarikat teksi Indonesia, Blue Bird pada Oktober ini.
Terdahulu, Nikita, 26, telah dilamar secara rasmi oleh teman lelakinya, Indra Priawan dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Menurut pelakon drama Putri Yang Ditukar itu, sudah empat tahun mereka menjalinkan percintaan dan kini tiba masa untuk melangkah ke fasa seterusnya.
“Indra lelaki terbaik buat saya, dia sabar dan setia. Sebelum meninggal pada Mei lalu, arwah ayah ada berpesan supaya jangan bercinta terlalu lama.
“Lagipun saya sudah capai semuanya dalam hidup. Kerjaya yang bagus, sukses dalam perniagaan dan kini saya mahu menjadi isteri seterusnya bergelar ibu,” katanya.