fbpx

Ubah mentaliti tak percaya dengan orang muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin ketika sidang akhbar selepas program Malaysia Prihatian di sini, hari ini.

PEKAN – Pemikiran songsang purba tidak percaya terhadap kematangan orang muda sudah tidak sesuai dengan perkembangan politik semasa di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, masalah kebanyakan parti politik ketika ini adalah kurang keyakinan mereka terhadap kemampuan orang muda dalam membuat pilihan untuk masa depan.

“Inilah masalahnya, kita selalu tidak percaya dengan orang muda, tapi (dalam masa yang sama) kita nak sokongan (undian) daripada orang muda.

“Saya memang penyokong kuat untuk (melaksanakan) Undi 18 dan ia juga sebulat suara dipersetujui oleh Dewan Rakyat. Namun, kalau ada kekangan untuk melaksanakan Undi 18 dalam masa terdekat, mungkin atas dasar kelulusan di peringkat dewan undangan negeri (DUN), jadi itu kita boleh faham,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Malaysia Prihatian anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Pahang, Zahari Ismail dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Datuk Zakaria Abdul Hamid.

Saifuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim.

Rais dalam program bual bicara terbitan televisyen kerajaan semalam memaklumkan kelayakan mengundi pada pilihan raya umum di usia 18 tahun yang sepatutnya berkuatkuasa Julai ini tidak dapat diteruskan walaupun Dewan Rakyat sudah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019.

Kata Rais lagi, pelbagai kekangan ke arah pelaksanaannya sebelum negara ini benar-benar bersedia membenarkan pendaftaran pengundi seawal usia itu.

Sementara itu, Saifuddin berpendapat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kemampuan dan bersedia untuk melaksanakan Undi 18, sebaik sahaja dibenarkan untuk dilaksanakan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI