fbpx

BTS lelong kostum terpakai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN BTS

KUMPULAN fenomena BTS memutuskan untuk menyumbangkan pakaian yang digunakan dalam video muzik Life Goes On kepada pihak Grammy.

Memetik laporan Billboard, BTS melakukan lelongan pakaian tersebut pada acara tahunan Grammy Week yang berlangsung sehingga 23 Mac nanti.

Difahamkan, BTS sudah menyerahkan tujuh set kostum yang dipakai setiap anggota kumpulan itu dalam video tersebut.

Tujuh set kostum tersebut akan dilelong dalam acara amal Grammy 2021 yang diadakan secara maya dan boleh ditonton menerusi laman web Charitybuzz.

Kesemua hasil lelongan akan disalurkan kepada Muzium Grammy dan organisasi amal terpilih yang memfokuskan program pendidikan muzik.

Sebelum ini, BTS pernah melelong beberapa koleksi peribadi mereka seperti pakaian dan set mikrofon.

Dalam penganjuran Grammy Awards tahun ini, BTS tercalon dalam kategori Persembahan Pop Duo/Berkumpulan Terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI