fbpx

Ceroboh tanah pusaka, Orang Asli saman Kerajaan Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sachpreetraj Singh (kiri sekali) ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini berhubung kes berkenaan.

KUALA LUMPUR – Tiga pemuda yang mewakili penduduk di perkampungan Orang Asli Kg. Kelaik di Gua Musang, memfailkan saman terhadap 14 entiti termasuk kerajaan negeri Kelantan berhubung pencerobohan tanah pusaka milik mereka.

Saman itu difailkan oleh Ahak Uda, 54, Aziz Angah, 33, dan Anjang Uda, 30, selaku plaintif, melalui Tetuan Raj & Sach menerusi e-filing, di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Pihak media memperoleh dokumen itu daripada peguam Sachpreetraj Singh Sohanpal, yang mewakili ketiga-tiga plaintif di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini.

Dalam saman itu, plaintif-plaintif menamakan Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn Bhd; Redstar Capital Sdn Bhd; Aqua Orion Sdn Bhd; Damai Corporate Services Sdn Bhd; Sindiyan Sdn Bhd dan Sindiyan Agro Park Sdn Bhd sebagai defenden pertama hingga keenam.

Selain itu, Ladang Kelantan Sdn Bhd; Ikrar Bumi Sdn Bhd; Ladang Ulu Nenggiri Sdn Bhd; Iliasco Engineering & Construction Sdn Bhd; Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan kerajaan negeri Kelantan turut dinamakan sebagai defendan ketujuh hingga ke-14.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif-plaintif  menuntut antara lain suatu deklarasi bahawa Orang Asli Kg. Kelaik adalah pemegang hak milik adat tanah nenek moyang.

Mereka menuntut deklarasi bahawa pengeluaran lesen atau kebenaran kepada defendan pertama sehingga ke-10 adalah bertentangan dengan undang-undang.

Pada sama sama ia tidak sah serta terbatal selain memohon mahkamah mengeluarkan perintah bahawa tindakan defendan- defendan yang memasuki tanah nenek moyang mereka sebagai suatu pencerobohan.

Selain itu, pernyataan tuntutan tersebut juga mengandungi suatu tuntutan untuk deklarasi bahawa defendan ke-11 sehingga ke-14 dan ejen-ejennya tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk mengurangkan, memusnahkan hak-hak Orang Asli itu daripada menjalankan aktiviti yang telah dikenal pasti dan diperincikan dalam dokumen Pernyataan Tuntutan.

Turut dipohon ganti rugi am, teruk dan teladan, kos, faedah dan relif lain yang sesuai oleh mahkamah. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI