fbpx

Solskjaer mahu Cavani kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAVANI menafikan pendedahan bapanya apabila mengakui sangat berbangga dengan peluang menyarung jersi United. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer percaya penye­rangnya, Edinson Cavani perlu membuat keputusan sama ada untuk kekal atau sebaliknya bersama pasukan itu musim depan.

Cavani menyertai United pada musim panas lalu dengan kontrak setahun dan pilihan untuk kekal setahun lagi tetapi bapanya, Luis mengeluarkan kenyataan bahawa anaknya itu tidak gembira di Old Trafford dan mahu menyertai Boca Juniors.

Bapa Cavani mendakwa, dia tidak selesa berada di England sejak menyertai United pada Oktober lalu dan mahu lebih dekat dengan keluarnya.

Bagaimanapun, Cavani memuat naik satu video menafikan dakwaan tersebut sebaliknya mengakui bahawa dia sangat bangga menyarung jersi United ketika ini.

Pemain antarabangsa Uruguay itu terlepas lima daripada enam aksi bersama United akibat kecederaan, namun Solskjaer dalam ke­nyataan mengakui berharap Cavani akan terus kekal bersama skuad kendaliannya.

“Edinson kini sedang fokus untuk kembali bersama kami, meningkatkan tahap kecergasannya semula.

“Setakat yang saya tahu, dia sangat bangga beraksi dengan United. Dia sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik sepanjang berada di sini.

“Sama ada dia akan kekal atau sebaliknya, keputusan itu belum dibuat. Seperti yang saya selaku katakan, dia telah memberi sumbangan yang hebat untuk pasukan ini.

“Kami hanya mahu melihat dia kembali dan cergas untuk bersama pasukan. Dia melihat sendiri betapa pasukan ini menunjukkan peningkatan selepas kehadirannya,” kata Solskjaer. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI