fbpx

Dua penuntut kolej ditahan terlibat dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Noor bersama individu yang ditahan hari ini.

Oleh KHAIRULMIZAN YAHYA

KUANTAN – Seramai 48 individu termasuk dua penuntut kolej berusia 18 tahun ditahan kerana terlibat penyalahgunaan dadah dalam Ops Sarang di sekitar daerah ini bermula lewat malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, operasi bermula pukul 12 tengah malam hingga pukul 10 pagi hari ini melibatkan beberapa lokasi iaitu sekitar bandar Kuantan, Gambang, Beserah dan Cherating.

“Operasi membabitkan dua pegawai dan 18 anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan itu berjaya merampas lebih 200 pil Yaba serta beberapa bungkusan dipercayai Syabu.

“Kebanyakan suspek yang ditahan adalah penganggur dan individu bekerja sendiri serta pelajar,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Kuantan, di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua individu terbabit disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a), Seksyen 12 (2) dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, jelasnya, pihaknya akan terus membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah menerusi Ops Sarang dan akan memperluaskan kawasan serbuan.

Justeru beliau berharap orang awam dapat membantu pihak polis dengan menyalurkan maklumat bagi membanteras penyalahgunaan dadah.

“Contohnya pemilik rumah sewa, mereka perlu mengambil berat tentang kegiatan yang dilakukan penyewa kerana ada sesetengah kes terdapat individu yang menjadikan rumah sewa sebagai markas dadah dan perjudian.

“Sekira pemilik rumah sewa mendapati sesuatu yang mencurigakan mengenai penyewa, dinasihatkan mereka terus melaporkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”ujarnya. -K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI