fbpx

1,647 pesakit baharu, 2,104 pesakit sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,647 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di negara ini kini mencecah 319,364 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, lima kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan sebanyak 1,642 adalah kes penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 17,544 kes.

“Selain itu, terdapat 2,104 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 300,620 kes.

“Terdapat sembilan kes kematian baharu hari ini menjadikan sebanyak 1,200 kes kematian akibat Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 147 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 61 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI