IPOH – Seorang nelayan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan melakukan keganasan seksual terhadap isterinya pertengahan April lalu.
Hakim Norashima Khalid membuat keputusan itu selepas mengambil kira rayuan dan pengakuan salah tertuduh terhadap kesemua pertuduhan berkenaan selepas kes berkenaan ditetapkan untuk keputusan hari ini.
Tertuduh berusia 36 tahun yang berasal dari Seri Manjung didakwa atas tujuh pertuduhan seksual termasuk mengurung isterinya secara salah dan memiliki video lucah pada pertengahan April lalu.
Dia mengaku salah terhadap semua pertuduhan selepas kertas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim S Indra Nehru pada 5 Mei lalu. -K! ONLINE