fbpx

Kerajaan ada stok tiga bulan PPE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan telah berjaya menyediakan simpanan stok sekurang-kurangnya tiga bulan bagi peralatan perlindungan diri (PPE) yang diperlukan.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, proses perolehan akan diteruskan mengikut keperluan semasa serta mematuhi kaedah perolehan semasa yang dikuatkuasakan.

“Ketika Covid-19 mula menular di negara kita bermula Januari 2020, kementerian telah melaksanakan perolehan secara darurat bagi memastikan kesemua keperluan peralatan dan kelengkapan untuk petugas-petugas barisan hadapan dan hospital di bawah kementerian dapat dipenuhi.

“Oleh itu, kementerian telah menggunakan garis panduan dan prosedur di bawah Pekeliling Perbendaharaan PB3.3 – Garis Panduan Perbelanjaan Darurat AP55 dan Perolehan Darurat 173.2,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI