fbpx

KUFC raih tiga mata penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang Kelantan United FC, Qassama Alfusainey (tengah) cuba melepasi pemain PDRM FC pada perlawanan bolasepak Liga Super Perdana di Stadium Sultan Muhammad Ke -IV petang tadi.

KOTA BHARU – Kelab Bola Sepak Kelantan United FC (KUFC) meraih kemenangan pertama selepas berjaya menumpaskan PDRM FC 2-0 pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV di sini petang tadi.

Dalam aksi itu, tuan rumah terlebih dahulu memperoleh gol pembukaan apabila pemain sayap, Muhammad Amirul Syafik meledak jaringan pertama pada minit ketiga selepas memperdayakan benteng pertahanan pelawat.

Selang tiga minit kemudian, pelawat terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan apabila rembatan Muhammad Amirul Wa’ie Yaacob berjaya ditepis oleh penjaga gawang KUFC, Mohammad Fikri Che Soh.

Tersentak dengan asakan pelawat, KUFC kembali memperkemaskan permainan dan hampir menambah jaringan kedua, namun rembatan deras Asraff Alifuddin Yasin tenang ditepis keluar oleh Muhd Asri Muhammad digawang gol PDRM FC.

Keputusan 1-0 itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, KUFC membawa masuk pemain import vateran dari Jepun, Masashi Motoyama untuk menambah ketajaman di bahagian serangan.

Bekas penyerang The Red Warriors (TRW) musim lalu Lazarus Kaimbi hampir mengikat kedudukan menjadi 1-1, namun sepakan percumanya sekadar menggegar tiang gol sebelah kiri KUFC.

Berpunca dari tendangan sudut, Shuhei Fukai yang tidak dikawal dalam kotak penalti terus melepaskan rembatan kencang untuk menghadiahkan gol kedua buat KUFC pada minit ke-69.

Keputusan 2-0 itu kekal hingga wisel panjang ditiup oleh pengadil perlawanan Abdul Halim Mohd. Ramlan untuk kemenangan sulung KUFC musim ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI