fbpx

Hannah Delisha didakwa sudah nikah setahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR kiri Eleena yang dimuat naik tahun lalu dikatakan bukti bahawa Hannah dan suaminya Imam sudah bernikah setahun lalu.

PETALING JAYA – Belum tamat kontroversi kisah perkahwinan pelakon Hannah Delisha yang didakwa tidak mendapat restu ibu kandungnya, timbul pula cerita baharu apabila dia dikatakan sudah pun bernikah setahun lalu.

Semuanya gara-gara perkongsian pengacara Eleena Sui dalam Instagramnya yang duduk bergambar seorang diri di atas sebuah pelamin berwarna putih dihiasi bunga berwarna merah dan putih.

Dalam gambar bertarikh 19 Februari 2020 berkenaan, Eleena memakai baju berwarna biru.

Selepas diselidik, gambar berkenaan sangat mirip dengan sekeping gambar yang dimuat naik ibu mentua Hannah iaitu Mariana Yati dalam Instagramnya semalam.

Dalam gambar tersebut, Eleena yang juga memakai baju biru bergambar bersama Hannah dan Imam dalam persalinan pengantin putih di atas pelamin yang sama dengan gambarnya tahun lalu.

Selepas menyedari persamaan tersebut, ramai pengguna Instagram menyerbu perkongsian gambar Eleena tahun lalu dengan mengaju pelbagai soalan untuk mendapatkan kepastian.

Rata-ratanya mahu mengetahui jawapan sebenar apakah Hannah dan Imam sebenarnya sudah pun bergelar suami isteri sejak tahun lalu berdasarkan bukti gambar Eleena.

Sejak kelmarin, nama Hannah hangat menjadi bualan selepas ibu kandungnya, Noor Ashikin Ahmad seakan memberi bayangan seolah-oleh tidak merestui perkahwinan anak perempuannya itu.

Menerusi Instagramnya @kakcikwujudku, Noor Ashikin memuat naik bait-bait puisi dalam satu Hikayat Antah Berantah yang disertakan dengan tanda pagar #ibutidakrestu. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI