fbpx

Perketat kawalan sempadan Indonesia-Malaysia, cegah penyeludupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan anggota tentera mengambil suhu seorang lelaki yang tidak mempunyai dokumen sah di sempadan berhampiran Desa Entikong, Kalimantan Barat. - BERITA FAJAR TIMUR

PUTUSSIBAU, Kalimantan Barat –  Indonesia memperkatkan kawalan laluan tikus di antara sempadan republik itu dan Malaysia di Daerah Kapuas Hulu, Kalimantan Barat untuk mencegah kegiatan penyeludupan haram seperti dadah, lapor agensi berita Antara, hari ini.

Komandan Satuan Tugas Pengamanan Perbatasan dari Yonif 407/Padmakusuma, Leftenan Kolonel (Infantri) Catur Irawan berkata, pihaknya melaksanakan rondaan dan serbuan di jalan-jalan tikus yang disyaki digunakan penjenayah.

“Pengawasan rutin dilakukan terutamanya di laluan yang terdedah dengan aktiviti penyeludupan.

“Rondaan di sempadan juga selalu kami lakukan dan diselaraskan dengan pihak berkuasa berkaitan lain yang turut bertugas di sempadan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Imigresen Kelas III Putussibau, M. Ali Hanafiah berkata, pengawasan di laluan tikus tertakluk di bawah kuasa pihak tentera, namun koordinasi dan pengawasan gabungan selalu dilakukan di sepanjang laluan terlibat.

“Laluan tikus memang terdedah dengan kegiatan penyeludupan haram serta aktiviti kemasukan melintasi sempadan secara tidak sah.

“Justeru, operasi gabungan seperti penugasan kawalan dilakukan secara berkala kerana kami juga ada menerima laporan penyeludupan dadah di sempadan,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI