fbpx

Polis trafik dukung anak kawal lalu lintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang polis trafik mendukung anak sambil mengawal lalu lintas di India. - Twitter

CHANDIGARH, Punjab – Seorang polis trafik wanita di India menjadi tular apabila rakaman video memaparkan dia membawa anak lelakinya yang berusia lima bulan ketika bertugas dimuat naik di Twitter, lapor akhbar The Indian Express, baru-baru ini.

Konstabel polis bernama Priyanka itu mendedahkan, pada pagi kejadian, dia terlewat datang bertugas untuk mengawal aliran trafik yang sepatutnya bermula pada pukul 8 pagi.

Menurut Priyanka, dia terpaksa membawa anaknya bersama kerana tiada orang yang boleh menjaga bayi itu memandangkan suami dan keluarga mentuanya berada di Mahendragarh.

“Selalunya saya mendapat tugasan di kawasan berhampiran rumah tetapi pada pagi itu, ketua memberikan arahan untuk mengawal trafik di persimpangan yang agak jauh.

“Saya tidak boleh meninggalkan anak tapi dalam masa sama, kerjaya saya juga penting. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membawanya bersama,” ujarnya.

Priyanka terpaksa membawa anak berusia lima bulan ketika bertugas kerana tiada orang boleh menjaga bayinya. – Twitter

Rakaman video Priyanka mendukung anak sambil mengawal lalu lintas menimbulkan kemarahan orang ramai yang menuntut sebuah pusat jagaan kanak-kanak dibuka secara percuma buat polis wanita.

Susulan kejadian itu, Ketua Pengarah Polis Chandigarh, Sanjay Baniwal memuat naik kenyataan di Twitter memberitahu bahawa anggota polis itu baru sahaja kembali bekerja selepas cuti bersalin selama enam bulan.

“Pihak kami akan membuat pertimbangan menukar jabatan anggota tersebut jika dia membuat permohonan secara rasmi,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI