fbpx

Jangan guna FS Turmeric Cream

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk FS Turmeric Cream yang dilarang penjualannya kerana mengandungi racun berjadual.

PUTRAJAYA – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik FS Turmeric Cream kerana dikesan mengandungi racun berjadual merkuri dan betamethasone 17-valerate.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, notifikasi produk kosmetik tersebut dibatalkan oleh Pengarah Kanan
Perkhidmatan Farmasi KKM serta tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini.

Menurutnya, produk mengandungi betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan dan penggunaan tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan sampingan.

“Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

“Merkuri pula dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

“Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan malah, merkuri boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, justeru, penjual dan pengedar produk kosmetik itu perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya serta-merta manakala, penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

“Seterusnya, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya,” katanya.

Noor Hisham berkata, bagi syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI