fbpx

Empat nelayan Indonesia ceroboh perairan negara ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot nelayan Indonesia dikesan menceroboh perairan negara dan dilihat menangkap ikan dekat Pulau Jarak petang semalam.

LUMUT – Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan sebuah bot nelayan tanpa nombor pendaftaran disyaki nelayan asing pada kedudukan 18.3 batu nautika barat Laut Pulau Jarak dekat sini petang semalam.

Pengarah APMM Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman, berkata Kapal Maritim (KM) Tugau yang sedang melaksanakan Ops Benteng mengesan bot tersebut dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 4.05 petang.

“Bot yang dikendalikan oleh empat orang kru termasuk tekong itu disyaki telah menceroboh perairan negara dan melakukan aktiviti perikanan tanpa kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shahrizan, pemeriksaan lanjut mendapati, tekong serta kru merupakan warga Indonesia yang berumur dalam lingkungan 29 hingga 45 tahun bersama kira-kira 10 kilogram ikan dalam bot itu.

Jelasnya, mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya, tekong dan kru bersama bot diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu, Sitiawan, bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Tegasnya, penahanan itu membuktikan bahawa APMM sentiasa bersiap siaga dalam menguatkuasakan undang – undang bagi membendung kegiatan jenayah di laut meskipun negara khususnya Perak masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat atau aduan jenayah maritim kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838 737 atau MERS 999. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI