fbpx

Datuk Seri ditahan terima suapan RM300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditahan kerana disyaki menerima rasuah RM300,000 kononnya untuk membantu melepaskan 22 warganegara China di depoh Imigresen, tahun lalu.

Suspek lelaki berusia 44 tahun itu diberkas pukul 8 malam tadi di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Sumber berkata, suspek meminta rasuah itu daripada seorang individu bagi melepaskan 22 warga China ditangkap disyaki terlibat dalam sindiket judi talian dan Macau scam.

“Ahli perniagaan bergelar Datuk Seri itu mendakwa boleh membantu menyelesaikan kes penahanan kesemua warga China itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok bagi permohonan reman,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI