fbpx

Keputusan Alaba kerana wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALABA membuat keputusan untuk meninggalkan Bayern tetapi masih belum membuat keputusan mengenai destinasi baharunya. – AFP

MUNICH – Bekas pemain antarabangsa Jerman, Jurgen Kohler berpendapat David Alaba me­ninggalkan Bayern Munich adalah disebabkan wang dan tindakan itu tidak salah malah dia juga akan melakukan perkara serupa.

Alaba mengumumkan bulan lalu bahawa dia akan meninggalkan pasukan tersebut dan menjadi pemain ejen bebas tanpa mendedahkan pasukan mana dia akan menyertai selepas ini.

Ramai menyatakan bahawa Alaba akan menyertai Real Mad­rid, namun terdapat beberapa pasukan lain turut menyatakan minat untuk mendapatkan pemain pertahanan Austria tersebut, antaranya Paris Saint-Germain (PSG) dan Chelsea.

Kohler merupakan pemain pertahanan Jerman turut membantu pasukan tersebut meraih kemenangan Piala Dunia 1990.

Pada 1991, Kohler meninggalkan pasukan Bayern Munich dan menyertai Juventus kerana wang.

“Bagi saya, ia bukan satu tindakan yang salah malah Bayern merupakan pasukan ketiga terbaik di Eropah dan dia (Alaba) tidak perlu menyembunyikan perkara tersebut.

“Saya berpendapat Alaba membuat keputusan seperti ini kerana disebabkan faktor wang. Saya boleh faham dengan situasi tersebut kerana ketika ini dia berusia 28 tahun dan hanya mampu mendapatkan empat atau lima tahun kontrak selepas ini.

“Pasukan tidak boleh menghalang kerana semua pemain akan melakukan perkara yang serupa.

“Sebagai pemain profesional, kamu hanya ada beberapa tahun untuk kekal dalam karier tersebut.

“Saya tidak malu untuk me­nyatakan bahawa salah satu faktor saya meninggalkan ­Ba­yern kerana wang. Selain itu, sudah pasti perpindahan itu adalah pilihan terbaik terutama kepada pembangunan karier saya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI