fbpx

Pengawal keselamatan maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN mangsa yang tercampak ke dalam longkang dan maut di tempat kejadian di KM 7.6, Jalan Baling-Pengkalan Hulu, Baling semalam.

BALING – Seorang pengawal keselamatan maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah lori di Kilometer 7.6, Jalan Baling-Pengkalan Hulu berhampiran Gunung Inas di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam itu, Ahmad Khir Abdul Ghani, 54, yang bertugas di Hospital Daerah Baling maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali, berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Modenas Kristar dan lori jenis Hicom.

“Siasatan mendapati mangsa yang datang dari arah Baling menghala Pengkalan Hulu dirempuh lori yang hilang kawalan dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kejadian dipercayai berlaku apabila lori dipandu lelaki berusia 41 tahun hilang kawalan ketika menuruni jalan berbukit dan berselekoh dalam keadaan cuaca hujan.

“Lori tersebut berpusing lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan sebeum melanggar motosikal ditunggang mangsa,” ujarnya.

Menurut Syed Basri, mangsa tercampak ke dalam longkang di sebelah kiri jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat manakala pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI