fbpx

Boleh rentas antara negeri PKPP untuk melancong bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Mesyuarat bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelancongan dari negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke negeri PKPP yang lain dengan syarat-syarat ditetapkan bermula esok.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan itu bagaimanapun perlu menggunakan perkhidmatan syarikat agensi pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Pergerakan hanya menggunakan kenderaan pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC manakala pergerakan secara persendirian tidak dibenarkan.

“Syarikat agensi pelancongan pula perlu mendapatkan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pergerakan rentas negeri dan pergerakan mesti terus ke negeri PKPP sahaja,” katanya dalam sidang khas hari ini.

Jelasnya, bagi pergerakan rentas negeri yang perlu melalui negeri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kenderaan itu mesti meneruskan perjalanan tanpa berhenti di kawasan negeri di bawah pelaksanaan PKPB.

“Tempat penginapan serta pelancongan juga perlu dilaporkan kepada pihak PDRM oleh agensi pelancongan tersebut.

“Maklumat lanjut mengenai prosedur operasi standard (SOP) boleh dirujuk di laman sesawang MOTAC,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI