fbpx

Isteri mengidam gigit jari suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu dirakam sedang mengigit jari suaminya. - TIKTOK.COM/@AREUAREL

JAKARTA – Seorang wanita hamil di Indonesia mengidam menggigit jari suaminya dan tabiatnya itu tular di aplikasi TikTok baru-baru ini, lapor portal Suara.com.

Menurut lelaki itu menerusi satu rakaman video, isterinya tidak mengidam makanan namun mahu menggigit jarinya.

“Lihat isteri saya, mengidam menggigit jariku,” katanya.

Menurutnya, gigitan isterinya begitu kuat sehingga meninggalkan kesan di jarinya.

Pada masa sama, dia memberitahu, isterinya dijangka melahirkan anak mereka kira-kira dua bulan lagi.

“Saya nak beritahu ya, isteri tiba-tiba mengidam dengan meminta misai dan janggut saya dicukur. Perlu tak saya akur?” soalnya yang keliru dengan situasi itu.

Video tersebut telah ditonton lebih 1.4 juta kali sejak dimuat naiknya yang menggunakan nama @areuarel. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI