fbpx

Mati dijerut: Ikram bantu kebajikan keluarga arwah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui mati dengan kesan jerutan di leher di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang.

PETALING JAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) akan berusaha menjaga kebajikan keluarga Allahyarham Nik Khatijah Nik Mud yang ditemui meninggal dunia dengan kesan jerut pada lehernya di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang.

Timbalan Presidennya, Badlishah Sham Baharin ketika dihubungi Kosmo! berkata, pihaknya akan memastikan kebajikan keluarga mangsa terjaga selain membantu menguruskan jenazah arwah.

“Kita akan berusaha untuk membantu dari sudut kebajikan keluarga mangsa dengan melancarkan tabung yang akan diedar kepada kakitangan Ikram. Sumbangan yang diterima itu akan diserahkan kepada keluarga mangsa yang diharapkan sedikit sebanyak mampu membantu mereka disaat sukar ini.

“Kita juga akan membantu dari sudut pengurusan jenazah sekiranya diberi keizinan keluarga mangsa. Setakat ini, jenazah masih berada di Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2021/03/08/wanita-ditemui-mati-dengan-leher-terjerut/

Nik Khatijah, 32, adalah bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berkhidmat dengan Ibu Pejabat Ikram selama 8 tahun sejak 2013 sebagai Eksekutif Jabatan Wanita dan kini sebagai Pengurus Jabatan Advokasi.

Terdahulu, Pejabat Setiausaha Agung Ikram menerusi satu kenyataan memberitahu, kes kematian arwah kini di bawah siasatan pihak polis dan akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2021/03/09/ikram-beri-kerjasama-siasat-kematian-nik-khatijah/

Kenyataan tersebut turut memohon semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati perasaan keluarga dan sahabat handai.

Sementara itu, rakan rapat arwah menerusi laman Facebooknya turut memohon orang ramai menghentikan sebarang spekulasi dan tuduhan kerana kes berkenaan masih dalam siasatan polis.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2021/03/09/lelaki-ditahan-bantu-siasatan-kes-wanita-dibunuh/

Pemergian arwah Nik Khatijah amat mengejutkan semua pihak dan pertubuhan tersebut memohon orang ramai menitipkan doa semoga roh arwah dicucuri rahmat dan memperoleh keampunan daripada Illahi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI