fbpx

Tembak isteri: Polis akan tuduh dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa diletakkan dalam tong biru sebelum ditanam dalam tanah.

JOHOR BAHRU – Suspek kes bunuh isteri di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi dekat sini dalam kejadian 1 Mac lalu akan dituduh dalam masa terdekat.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Polis masih lagi menunggu laporan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat mangsa.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2021/03/07/tembak-isteri-jiran-angkat-tong-air-bongkar-rahsia-suspek/

“Kalau mereka boleh mengesahkan mayat itu mayat ahli keluarga mereka senanglah, benda itu sudah selesai, mereka tidak dapat mengesahkan jadi polis kena tunggu laporan DNA.

“Kalau ikutkan benda asas, suspek sudah mengaku dia yang bunuh berdasarkan pakaian yang dipakai dapat disahkan, tetapi keluarga tidak dapat sah dan cam mayat sebab sudah bengkak,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Terdahulu, suspek yang juga suami kepada mangsa berusia 43 tahun dan rakannya berusia 32 tahun direman selama enam hari bermula Jumaat lalu dan berakhir esok.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2021/03/06/jiran-dengar-pasangan-bertengkar-jumpa-surat-fasakh/

Dalam kejadian 1 Mac lalu, mayat kerani sumber manusia sebuah kilang swasta ditemui di dalam tong berwarna biru yang ditanam suspek yang juga suaminya berhampiran sebuah ladang kelapa sawit di Felda Papan Timur, Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Rahsia pembunuhan kejam itu terbongkar selepas jiran yang juga rakan baik suspek memberi maklumat kepada polis ketika siasatan berhubung kes orang hilang yang dilaporkan suspek dijalankan.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2021/03/05/suami-tembak-isteri-sedang-tidur-guna-senapang-angin/

Mangsa berusia 38 tahun ditembak kira-kira pukul 2.30 pagi, 1 Mac lalu dengan menggunakan senapang angin pada jarak dekat di rumah kediaman pasangan itu di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi sebelum mayatnya ditanam di kawasan ladang berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI