fbpx

Pasukan TSG cemerlang raih podium juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUINTERO (tengah) dan Eyob (kiri) meraih kedudukan podium juara dan naib juara pada GP Gundogmus kelmarin.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PELUMBA Terengganu Cycling Team (TSG), Carlos Quintero memperoleh hadiah hari jadi pa­ling bermakna selepas mengungguli Grand Prix (GP) Gundogmus.

Quintero yang berusia 35 tahun pada 5 Mac lalu berjaya menamatkan perlumbaan sejauh 104.5 kilometer (km) dan lima zon pendakian itu dengan catatan masa 2 jam 41 minit 01 saat.

Lebih manis lagi apabila rakan sepasukan, Metkel Eyob turut berada di kedudukan podium kedua manakala Franklin Archibold yang mewakili Panama Valores pula ketiga.

“Ini adalah hadiah ulang tahun kelahiran terbaik yang boleh diberikan kepada diri sendiri. Kejuaraan kedua tahun ini di bumi Turki,” tulis pelumba Colombia itu di Instagram miliknya kelmarin.

Pada saingan GP Mediterranean­ Sabtu lalu, Harrif Saleh terus mencuri tumpuan apabila melepasi garisan penamat di tempat keempat keseluruhan.

Irwandie Lakasek dan Wan Abdul Rahman Hamdan turut menyinar pada perlumbaan sejauh 157.4km itu apabila berada di kedudukan keenam dan kelapan.

Secara keseluruhan, seba­nyak enam kejohanan berstatus 1.2 Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) disertai TSG sepanjang berkampung di Turki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI