fbpx

United akhiri fantasi City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAW (tengah) berjaya meledak gol kedua United ketika menewaskan City 2-0 di Etihad awal pagi semalam. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer percaya peluang mereka untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini masih belum jelas dan jauh biar­pun berjaya mencatat kemenangan 2-0 menewaskan seteru setempat, Manchester City di Etihad awal pagi semalam.

Gol minit kedua menerusi sepakan penalti Bruno Fernandes dan Luke Shaw menyaksikan United berjaya menamatkan perjalanan fantasi 21 perlawanan tanpa kalah The Citizen sebelum ini selain kembali melonjak ke kedudukan kedua liga dengan mengurangkan jurang kepada 11 mata berbanding City.

“Kami mengambil pendekatan perlawanan demi perlawanan. Sudah tentu kedudukan mereka terlalu jauh untuk kami fikir kami mampu mengejar mereka. Musim lalu kami ketinggalan 15 mata di belakang City,” katanya.

Solskjaer juga mengagumi aksi yang dipamerkan pemainnya sekali gus menjadikan beliau pengurus pertama United yang berjaya meraih kemenangan dalam tiga pertemuan menentang City di tempat lawan.

“Apabila anda memenangi perlawanan dengan dua gol tanpa bolos, ia adalah aksi yang sangat membanggakan. Setiap perlawanan adalah berbeza tetapi kali ini tiada yang istimewa mengenai taktikal, kami bermain seperti biasa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Solskjaer me­ngakui bahawa Shaw tidak berada dalam senarai pemain yang akan diturunkan pada aksi berkenaan kerana faktor kecergasaan.

“Aksinya sangat memukau. Dia mula-mulanya agak ragu untuk diturunkan sehingga sesi pemanas badan.

“Dia beraksi pada tahap ter­tinggi. Agresif ketika bertahan dan sukar untuk disekat ketika melakukan serangan di bahagian sayap. Saya melihat perubahan dan peningkatan ketara terhadap cara permainannya. Sudah tentu ia menggembirakan pasukan ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI