fbpx

Misi lunas dendam Juve

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO kembali menjadi sandaran Juventus untuk memburu kemenangan ke atas Porto sekali gus melayakkan diri ke suku akhir Liga Juara-Juara. - AFP

TURIN – Gergasi Itali, Juventus berada pada prestasi terbaik untuk membalas dendam mereka terhadap FC Porto di laman sendiri, Stadium Allianz menje­lang aksi timbal balik pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Juventus sebelum ini me­ngalami kekalahan mengejut 1-2 kepada jaguh Portugal tersebut sewaktu perlawanan pertama kedua-dua pasukan pada 18 Februari lalu.

Ketua jurulatih Juventus, Andrea Pirlo juga telah membuat keputusan berani dengan mele­takkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan bagi memberikan bintang utamanya itu lebih masa rehat ketika menang 3-1 ke atas Lazio pada aksi Serie A kelmarin.

“Saya telah membuat perjanjian dengan Ronaldo supaya dia direhatkan selepas bermain lapan atau sembilan perlawanan berturut-turut sebelum ini.

“Kehadiran Ronaldo sememangnya menambahkan lagi kekuatan pasukan tetapi adakalanya kami perlu mengharungi perlawanan tanpanya. Ronaldo sudah menjaringkan 20 gol, jadi tiba masanya pemain untuk lain pula,” kata Pirlo.

Dalam masa sama, Juventus turut mendapat tonik tambahan selepas dikhabarkan Porto berkemungkinan besar kehilangan dua tonggak penting iaitu Pepe dan Jesus Corona untuk perlawanan itu.

Kedua-dua pemain itu dilaporkan mengalami kecederaan selepas membantu Porto mencatat kemenangan 2-0 ke atas Gil Vicente pada aksi Liga Premeira Portugal kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI