fbpx

Arjun Kapoor tempelak sikap biadab paparazi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARJUN KAPOOR

PELAKON Arjun Kapoor dengan beraninya menegur sikap seorang jurugambar bebas atau paparazi apabila memanjat tembok kediaman pasangan pelakon Bollywood terkenal, Kareena Kapoor dan Saif Ali khan.

Kejadian berkenaan berlaku ketika pelakon itu bersama isterinya, Malaika Arora datang ke kediaman pasangan tersebut untuk menziarahi Kareena yang baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya minggu lalu.

Ketika berada di sana, dia melihat seorang jurugambar sedang memanjat tembok rumah pelakon itu untuk merakam gambar keadaan terkini Kareena secara sembunyi.

“Jangan memanjat tembok. Mereka (Kareena dan Saif) meminta anda supaya tidak memanjat tembok. Hal ini perbuatan yang salah.

“Bagaimana kamu boleh memanjat tembok di kediaman orang lain? Kelakuan ini merupakan satu kesalahan,” ujarnya.

Mendengar amaran pelakon itu, difahamkan jurugambar yang terbabit akhirnya akur dan terpaksa meninggalkan kediaman pasangan selebriti itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI