fbpx

Askar ditawan didenda £500 kerana pulang lewat ke kem latihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KES tersebut didengari buat pertama kali di Mahkamah Tentera Bulford, Wiltshire, England awal bulan ini. - PA ARCHIVES/PA IMAGES

LONDON – Seorang anggota tentera Britain didenda £500 (RM2,828)  kerana pulang lewat ke kem latihannya  di Nigeria walaupun sebelum itu dia dijadikan tawanan, malah diacukan raifal dalam kejadian di bandar Abuja, demikian menurut pendengaran di sebuah mahkamah tentera.

Sarjan Samuel Galloway daripada  Batalion Pertama, Rejimen Diraja Scotland didakwa ditahan selama beberapa jam dengan raifal tempur AK-47 diacu padanya sebelum dia dilepaskan setelah wang tebusan dibayar.

Bagaimanapun, insiden tahun 2019 itu cuba disembunyikan  tentera Britain pada masa itu bagi mengelakkan ketegangan diplomatik daripada berlaku.

Bagi menyembunyikan kes itu,  Galloway didenda kerana pulang lewat ke kem latihan tentera Britain dengan pegawai kanan menafikan ceritanya dijadikan tawanan sambil diacukan senapang.

Dakwa Galloway, seorang pegawai rejimennya turut meminta agar kenyataan saksi dipalsukan.

Dakwaan tersebut dan beberapa tuduhan lain timbul semula kerana Galloway membuat rayuan terhadap denda tersebut dan mahu sabitan kesalahan melanggar perintah berkurung di kem berkenaan dibatalkan.

Kes tersebut  didengari buat kali pertama awal bulan ini di Mahkamah Tentera Bulford, Wiltshire.

Seorang hakim mengarahkan kes tersebut dibicarakan pada September ini. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI