fbpx

Yerin kosong tanpa peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YERIN

SEJAK penularan wabak pembunuh Covid-19 muncul dalam kehidupan masyarakat dunia tahun lalu, banyak rencana hidup manusia terjejas baik dari segi ekonomi, pembangunan, pelancongan dan bidang kerjaya seperti industri hiburan.

Mengakui kehadiran pandemik telah mengubah banyak perkara dalam hidupnya, penyanyi Yerin (GFRIEND) mengakui dia berasa kosong kerana tidak dapat bertemu peminat seperti sebelumnya.

“Berbanding ketika awal debut, sekarang jumlah peminat kami sudah bertambah. Tetapi segalanya sudah berubah. Buat masa sekarang, kami hanya mampu berhubung dengan peminat menerusi internet.

“Dahulu kami dapat bertemu empat mata. Sejak setahun lalu, GFRIEND tidak dapat melakukan persembahan di atas pentas. Saya rasa sangat kosong dan rindukan mereka,” ujarnya.

Ketika ditanya tentang perkara yang ingin dilakukan sekiranya dunia sudah bebas daripada pandemik tersebut, penyanyi berusia 25 tahun itu mahu menghabiskan masa bersiar-siar di zoo.

“Saya selalu pergi ke zoo setiap tahun tetapi tahun lepas buat pertama kali saya tidak boleh melakukannya. Mungkin tahun ini pun sama,” ujarnya yang berharap keadaan segera pulih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI