fbpx

Dikecam terlalu seksi, Azhar Sulaiman pertahan Leona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar (kiri) tampil mempertahankan Leona berhubung isu yang mengatakan anaknya berpakaian mencolok mata.

PETALING JAYA – “Leona, pergi cari klinik untuk kecilkan payudara”.

Demikian respons Azhar Sulaiman selepas anak bongsunya, Kasih Iris Leona sering kali dikecam netizen kerana dikatakan berpakaian mencolok mata.

Perkara tersebut mendapat perhatian Azhar sehingga memuat naik beberapa entri dalam akaun Facebooknya.

“Jadi, hari ini (kelmarin) Leona kena kecam lagi termasuklah saya juga dihentam kerana dikatakan tidak pandai mendidiknya untuk menjadi ‘islamik’. You ada anak?,” tulisnya dalam satu entri semalam.

Azhar turut memuat naik hantaran tentang kecaman yang diterima anaknya berkaitan isu cara pemakaian dan pertuturan bahasa Inggeris.

“Lepas satu, kemudian timbul lagi isu lain. Hari itu tentang tak boleh bertutur bahasa Melayu dan asyik berbahasa Inggeris.

“Lepas itu sibuk cakap dialek Kelantan. Sekarang isu seksi pula. Leona tolong cari klinik mengecilkan payudara, ayah akan bayar semuanya.

“Bila payudara kecil, saya yakin tidak boleh pakai baju seksi lagi,” tulisnya dalam satu perkongsian Facebook.

Sejak akhir-akhir ini, Leona, 19, kerap menerima mesej kecaman kerana sering berkongsi aksi-aksinya berpakaian seksi dan mendedahkan perut dalam media sosial, terutama aplikasi TikTok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI